Cikgu Tio

~BMM3015~

Halaman Utama

  • Laman utama
  • Bahan Pengajaran
  • RPH
  • Sukatan Pelajaran
  • Galeri

Galeri

E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  September (1)
      • Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang d...
    • ►  Julai (1)

Sastera

sastera

Kosa Kata

Kata Banyak Makna

Dalam Bahasa Melayu terdapat banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna.

Makna bagi perkataan itu hanya dapat dibezakan apabila kita melihat penggunaannya di dalam sesuatu ayat. Lihat beberapa contoh di bawah:

Perkataan Muda

Makna:

i. belum tua (umur)

ii. belum masak

iii. cerah (warna)

Contoh ayat:

1. Orang muda harus menghormati orang tua.

2. Rita suka makan mangga muda.

3. Keretanya berwarna hijau muda.

Perkataan Naik

Makna:

i. bergerak ke atas

ii. meningkat

iii. menumpang

iv. menjadi

Contoh ayat:

1. Belon itu naik ke udara apabila dilepaskan.

2. Harga rumah telah naik sebanyak 10%.

3. Kami naik kereta api untuk pulang ke kampung.

4. Saya naik bosan menunggu bas di situ.

Perkataan Sempit

Makna:

i. ruang kecil

ii. susah

iii. cetek fikiran

Contoh ayat:

1. Rumahnya terlalu sempit untuk tempat tinggal tujuh orang anaknya.

2. Kehidupan keluarga itu semakin sempit selepas kematian bapa mereka.

3. Orang yang berfikiran sempit tidak sesuai untuk dibawa berbincang.

Perkataan Senang

Makna:

i. mudah

ii. mewah

iii. suka

iv. lapang

Contoh ayat:

1. Saya dapat markah penuh kerana soalan-soalannya senang belaka.

2. Dia hidup senang kerana bapanya bergaji besar.

3. Ibu senang hati kerana adik telah sembuh.

4. Jika senang, datanglah ke rumah saya pada petang ini.

Tatabahasa

tatabahasa
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.