RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh                   :  27 Ogos 2008
Masa                    :  11.30 – 12.30
Kelas                    :  4 K
Bilangan murid     :  38 orang
Mata Pelajaran     :  Bahasa Melayu
Tajuk                    :  Keretapi
Tema                    :  Era Sains dan Teknologi

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:-

2.2     Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 2 (i)    menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara

Fokus sampingan:-

5.1      membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i)    membaca perkataan frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan                  ayat majmuk dengan sebutan dan intoansi yang betul.

Objektif pengajaran:-

Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat:-
1)     membentangkan hasil maklumat penting tentang keretapi.
2)     Membaca perkataan, frsa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3)     Membina ayat secara lisan dengan perkataan antonim


Sistem Bahasa:-

1)         tatabahasa       -           antonim
2)         intonasi            -           teka teki
3)         kosa kata         -           keretapi, komuter, landasan


Pengisian kurikulum:-

Ilmu     -           sains
Nilai    -           menjaga kemudahan, menjaga kebersihan, kerjasama
Kemahiran Menilai Tambah:-
a)                  kemahiran berfikir             – menjana idea, menyusun atur
b)                  kecerdasan pelbagai          _ muzik

BBM:
i)                    seni kata lagu
ii)                  petikan
iii)                gambar
iv)                gelung
v)                  landasan
vi)                kad perkataan
vii)              audio
viii)            Kad misteri
ix)                kotak misteri
x)                  Beg kotak

Pengetahuan Sedia ada: Pelajar pernah menaiki kenderaan awam


Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Teka-teki
2. Kad misteri
3. Soalan (lisan):

i) Apakah yang terdapat dalam gambar ini?
ii) Apakah fungsi benda yang terdapat dalam gambar ini?

Jawapan:
i) kereta api, gerabak

Tajuk:
Keretapi
1. Guru mengedarkan lirik lagu teka-teki kepada murid.
2. Guru meminta murid-murid berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu teka-teki untuk kad misteri yang dipaparkan di hadapan kelas.
3. Guru membuka setiap petak mengikut urutan yang betul.
4. Murid-murid akan meneka gambar disebalik kad misteri.
5. Murid-murid akan membuat gaya seperti keretapi bergerak diikuti dengan bunyi keretapi.
6. Murid dapat mengaitkan jwapan dengan pelajaran hari ini.


BBM:
1. Lirik lagu
(lampiran 1)
2) Kad misteri
3) CD lagu

KMT:
1. Kemahiran berfikir, menjana idea
Langkah 1
(15 minit)


1. Petikan Teks
”Keretapi”
2) Aktiviti Membaca:
- senyap
- kelas
-kumpulan
-individu

1. Guru mengedarkan petikan bertajuk ’keretapi’ kepada murid-murid.
2. murid diminta menelitinya dan membaca petikan secara senyap.
3. murid diminta membaca kuat mengikut intonasi yang betul secara kelas dan kumpulan.
4. murid-murid lain diminta mendengar dan meneliti teks sambil memahami certia tersebut.
Petikan teks.
(lampiran 2)
Langkah 2
(15 minit)
Pembahagian kumpulan:
1) Monorrel
2) Komuter
3) Putra LRT
4) STAR LRT
5) KLIA Ekspress
6) Keretapi Wap

1. Guru mengedarkan beg kotak kepada murid.
2. Murid mengambil satu kertas yang terdapat dalam beg kotak tersebut.
3. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut gambar
keretapi.
4. Guru mengedarkan kad ayat kepada setiap kumpulan.
5. Guru meminta wakil kumpulan menyusun kad ayat di papan tulis.
6. Kumpulan yang menyusun dan membentangkan maklumat dengan betul akan diberikan mata ganjaran.
7. Mata ganjaran akan dikumpulkan di papan markah.
8. kumpulan yang memperolehi mata yang banyak dikira pemenang.


BBM.
1. Beg kotak
2. gambar
    (lampiran 3)
3. Kad ayat
4. Papan markah

KMT:
1. Kemahiran berfikir
2. menyusun ayat
3. menjana idea

Kaedah:
Teknik Koperatif

Langkah 3
( 5 minit)
Tatabahasa:
Antonim
i)                    cepat
ii)                  murah
iii)                kelebihan
iv)                ditarik
v)                  menuruni
1. Guru menerangkan maksud antonim
2. murid menyebut perkataan yang ditaip tebal dalam teks.
3. Murid mencari maklumat antonim bagi perkataan-perkataan tersebut.
4. Guru memberi contoh ayat daripada satu perkataan antonim tersebut.
5. Murid-murid membina ayat secara lisan daripada perkataan antonim tersebut.

BBM:
Kad perkataan
Langkah 4
(20 minit)
1) Tempat : Dewan

2) Permainan stesen beracun
i) stesen utama
ii) stesen beracun
iii) stesen tatabahasa
iv) stesen pengayaan
v) stesen pemulihan




Latihan:
Pengayaan
(lampiran 5)


Pemulihan
(lampiran 6)
1. Murid-murid diminta beratur seperti keretapi dan bergerak menuju ke dewan.
2. Guru menerangkan syarat-syarat permainan kepada murid-murid.
3.Murid-murid berdiri dan memulakan aktiviti  di stesen utama.
4. Murid-murid akan bergerak seperti keretapi dengan iringan muzik.
5. Apabila muzik berhenti murid juga dikehendaki berhenti.
6. Murid yang berada di stesen beracun diminta untuk mengambil kertas  dalam kotak misteri.
7. Nama murid yang bertuah akan disebut dan murid itu perlu menjawab soalan tersebut.
8. Murid yang berhenti di stesen tatabahasa pua, akan mencabut dua keping kertas dari kotak misteri.
- kotak pertama- soalan
- kotak kedua – nama kumpulan.
9. kumpulan yang bertuah dalam cabutan itu akan menjawab soalan.
Jawapan yang betul akan mendapat mata ganjaran.
10. Murid akan terus bermain dan aktiviti akan berulang sehingga tamat permainan.
11. Guru akan mengagihkan murid-murid mengikut stesen pemulihan dan pengayaan untuk menjawab latihan.

BBM:
1) Dewan
2)  Landasan permainan
3) Sketer
4) Gelung Rotan
5) Soalan
    (lampiran 4)
6) Kotak misteri
7) Kertas nama


KMT:
Kecerdasan
Muzik
Kemahiran berfikir
Menjana idea
  


Penutup
(5 minit)
1)  Penerapan nilai
i)                    bersyukur
ii)                  menjaga kebersihan
iii)                menjaga kemudahan awam
iv)                penyampaian hadiah
2)      lagu: keretapi
1. Guru merumuskan isi pelajaran.
2. Guru menerapkan nilai-nilai murni dan menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang.
3. Menyanyikan lagu ”keretapi” secara bersama-sama.



BBM:
Seni kata lagu
(lampiran 7)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan